Minyak Sacha Inchi telah berkembang dengan pesat dari masa ke semasa. Penggunaan Sacha Inchi telah beralih daripada makanan tradisional di kalangan penduduk Peru kepada produk pelbagai kegunaan. Pada asalnya Sacha Inchi dimakan untuk khasiatnya, namun kini, ia juga telah diiktiraf untuk kegunaan dalam industri perubatan. Biasanya, minyak ini digunakan dalam pembuatan suplemen kesihatan dan juga digunakan sebagai rawatan topikal.
Sacha Inchi sebagai Sumber Makanan Asli
Setiap bahagian tumbuhan Sacha Inchi menawarkan khasiat yang bermanfaat bagi pengguna. Dahulu, daun Sacha Inchi kebiasaannya dikeringkan dan digunakan untuk membuat teh herba. Bijinya pula boleh dipanggang dan dinikmati sebagai snek kacang. Selain itu, bijinya yang dijadikan serbuk protin berasaskan tumbuhan juga biasanya dicampur dalam minuman smoothies, kuih berpastri atau bar protin. Minyak Sacha Inchi yang diekstrak melalui kaedah penekanan sejuk boleh digunakan untuk salad dressing atau sebagai pelengkap di atas hidangan pasta (1).
Rasa unik biji Sacha Inchi yang dipanggang mengeluarkan rasa kacang sederhana menjadikannya alternatif snek yang sempurna. Ia telah dimakan bagi tujuan penurunan berat badan. Memandangkan biji Sacha Inchi mengandungi sumber nutrisi yang kaya dengan asid lemak Omega 3, oleh itu, ia membantu mengimbangi hormon kortisol yang mengawal keinginan selera makan dan perubahan emosi (2).
Sacha Inchi sebagai Suplemen Kesihatan
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sacha Inchi telah mengalami revolusi, berkembang daripada sumber makanan asli kepada suplemen harian yang mudah dikonsumsi oleh pengguna. Manfaat Sacha Inchi merangkumi pelbagai kandungan makronutrien dan mikronutrien. Bijinya diperkaya dengan serat, protein, dan lemak tidak tepu, dan juga meliputi mikronutrien dan antioksidan yang penting (1).
Pelbagai kajian klinikal telah membuktikan khasiat Sacha Inchi terhadap kesihatan pengguna. Asid lemak Omega 3 menyokong kesihatan tulang, rambut dan kulit serta membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung (2). Oleh yang demikian, perumus suplemen telah membuat pelbagai invoasi terhadap suplemen Sacha Inchi dengan menggabungkan bahan komposit untuk memaksimumkan khasiatnya.
Sacha Inchi sebagai Bahan Perubatan
Minyak Sacha Inchi yang melalui proses penekanan sejuk juga telah digunakan sebagai ramuan perubatan. Setelah faedahnya dikaji, minyak Sacha Inchi banyak dimanfaatkan sebagai pelembab kulit, yang dikaitkan dengan kandungan semula jadi asid lemak dan vitamin. Asid lemak Omega-6 membantu memulihkan struktur penghalang lipid. Selain itu, kandungan antioksidan dalam minyak Sacha Inchi bertindak sebagai pelindung kulit, pelembap dan menghidrasi kan kulit sambil menghalang keradangan pada kulit kering (3).
Industri kosmetik juga banyak menggunakan minyak Sacha Inchi sebagai ubat topikal untuk kulit sensitif, kering, mengelupas dan berjerawat (4). Oleh kerana sifat semula jadinya, ia membolehkan penembusan mendalam ke dalam kulit, dan menguatkan struktur kulit.
Secara ringkasnya, orang ramai telah meneroka pelbagai kaedah untuk memaksimumkan faedah dan penggunaan Sacha Inchi dari masa ke semasa. Ia boleh dinikmati sebagai snek kacang, dicampur dalam minuman, digunakan sebagai suplemen kesihatan harian, atau sebagai ubat salap topikal. Apabila kesedaran tentang manfaat kesihatan yang luar biasa Sacha Inchi semakin meningkat, penggunaan Sacha Inchi boleh dipertimbangkan dalam rutin harian untuk mendapat kesan perubahan terhadap kesihatan dan kecergasan diri.
Rujukan
- Apakah itu Sacha Inchi?
- Bagaimanakah rasa buah Sacha Inchi?
- Soimee, Wichuda; Nakyai, Wongnapa; Charoensit, Pensri; Grandmottet, Francois; Worasakwutiphong, Saran; Phimnuan, Preeyawass; Viyoch, Jarupa (2019). Evaluation of moisturizing and irritation potential of sacha inchi oil. Journal of Cosmetic Dermatology, (), jocd.13099–. doi:10.1111/jocd.13099
- Minyak Sacha Inchi